*****************************************
The Uniqueness of Teratak Sawah Sungai Burung
*****************************************
Imagine your dream home located amidst the wide greenery of paddy fields surrounded with a Malaysian rural lifestyle? Then Teratak Sawah Sungai Burung is a perfect choice for you.
Teratak Sawah Sungai Burung is a traditional Malay house surrounded by the beautiful paddy fields in Tanjong Karang, Selangor |
Sunrise from Teratak Sawah Sungai Burung |
Teratak Sawah Sungai Burung is a home featuring traditional Malay architecture built around the 1960's, retains the classic look. Equipped with furniture and decorated by following Malay interior culture, add the uniqueness of this homestay.
Let see some of activities and locations of interest around Teratak Sawah Sungai Burung as follows: -
- Canal for irrigation of paddy which undertakes activities such as jungle trekking in the nearby forest reserved, fishing, kayaking and boating for the visitors.
- Fireflies Park Kampung Kuantan
- Historical Hill of Bukit Malawati
- Mardi Rice Research Station Tanjong Karang
- Rice Seedling Center of Selangor Agriculture Department
- Rice processing factory at Sekinchan
This area also known as the Centre for Small Medium Enterprise (SME) / food manufacturing workshop where there was around the homestay as below: -
- A variety of different types and flavors of chips.
- Traditional Malay cakes like bahulu, variety of cookies, peanut brittle, cookies, fermented glutinous rice and tapioca, sweets and others.
- Nata De Coco enterprise.
- Central sales of local fruits along the main road towards town of Sekinchan
- Fresh fish landing jetty at beach nearby.
- Redang Beach features a range of Tree Houses along the coast and the Wish Tree that was popular especially among the Chinese.
- Shopping area for fabrics / garments especially for Muslim and other merchandise in the town of Sungai Besar
- Night Market or known as Pasar Malam at Tanjong Karang is unique where this market will be operating as early as around 4.00 pm on Sunday till the night and will resume on Monday morning up through the late afternoon.
Strategic locations of Teratak Sawah Sungai Burung where it is located between the Town of Tanjong Karang and Sekinchan town thus providing a wide range of facilities including food outlets and restaurants, including fast food restaurants such as KFC and Pizza Hut. Banks, Tabung Haji, Mara, hospitals, post offices, police stations, fire stations, supermarkets, daily market and farmers markets are also readily available which is open since early morning till late evening even easier for visitors to this area to fulfil their needs.
Teratak Sawah Sungai Burung welcome anyone, especially those interested in the agro-tourism concept, photographer as well as the advertisement or film production companies whose interested in publishing their works with Malaysia rural background. Keen to make the event with the 'Paddy Theme'? Maybe we can help you to implement your dreams.
Teratak Sawah Sungai Burung relatively was a large house which designed featuring Malay Traditional House that separated to wooden and concrete parts. Has 4 bedrooms, 2 living rooms, a kitchen and two bathrooms (one located outside the house) to accommodate the number of occupants in the range of 15 to 20 people at a time.
Those who are interested to get the latest information from us can get through the Facebook page by 'Like' the fanpage of Teratak Sawah Sungai Burung at Facebook :
https://www.facebook.com/TeratakSawahSungaiBurung
https://www.facebook.com/TeratakSawahSungaiBurung
Or browse our blog at :
**************************************
Keunikan Teratak Sawah Sungai Burung
**************************************
Mendambakan suasana kediaman dengan kehidupan desa, dikelilingi pula oleh letaknya di tengah sawah padi saujana mata memandang? Maka Teratak Sawah Sungai Burung adalah satu pilihan tepat.
Teratak Sawah Sungai Burung menawarkan suasana yang nyaman, damai dan selesa di tambah pula dengan penduduk yang mesra, saling hormat menghormati, berbudi bahasa serta mengamalkan nilai-nilai murni menjadikan impian anda satu kenyataan.
Teratak Sawah Sungai Burung adalah sebuah rumah bercirikan senibina tradisi Melayu dibina pada sekitar tahun 1960-an. Masih mengekalkan ciri tersebut seperti reka letak papan pemanis di sekeliling rumah ibu menjadikan ianya kelihatan klasik. Dilengkapi dengan hiasan dalaman bersenikan budaya Melayu menambah keunikan homestay ini.
Melihat pula kepada aktiviti-aktiviti serta lokasi-lokasi menarik di sekitar Teratak Sawah Sungai Burung seperti:-
- Terusan untuk pengairan padi yang turut menjalankan aktiviti seperti jungle tracking di hutan berdekatan, memancing, berkayak dan bersampan untuk para pengunjung. Ianya diurustadbir oleh sebuah koperasi di kawasan ini.
- Taman Kelip-kelip Kampung Kuantan
- Bukit Malawati
- Stesen Penyelidikan Padi Mardi Tanjong Karang
- Pusat Pembenihan Padi Jabatan Pertanian Negeri Selangor
- Kilang pemprosesan beras Sekinchan
Kawasan ini juga terkenal sebagai Pusat Industri Kecil Sederhana ( IKS) / bengkel pembuatan makanan yang mana ada turut berada di sekitar homestay seperti:-
- Aneka kerepek berbagai jenis dan rasa.
- Kuih muih tradisional seperti bahulu, pelbagai jenis biskut, rempeyek, kuih sepit, kuih bangkit, tapai ubi dan pulut serta lain-lain lagi.
- Perusahaan Nata De Coco.
- Pusat jualan buah-buahan tempatan di sepanjang jalan utama menghala ke Pekan Sekinchan
- Jeti tempat pendaratan ikan segar.
- Pantai Redang yang memiliki jajaran Rumah Atas Pokok (Tree House) di sepanjang pantai serta Wish Tree yang menjadi tumpuan terutamanya daripada kaum Cina.
- Tempat membeli belah kain ela / pakaian terutamanya bagi Muslim serta barangan cenderamata lain di Pekan Sungai Besar
- Pekan Minggu di Tanjong Karang yang unik di mana pasar ini akan beroperasi seawal sekitar jam 4.00 petang hari Ahad hingga ke malam dan akan bersambung pada pagi Isnin hinga lewat tengahari.
Lokasi Teratak Sawah Sungai Burung juga strategik di mana ianya terletak di antara Pekan Tanjong Karang dan Pekan Sekinchan justeru menawarkan berbagai jenis kemudahan antaranya kedai-kedai makan serta restoran termasuklah restoren makanan segera seperti KFC dan Pizza Hut. Bank-bank, Tabung Haji, MARA, hospital, pejabat pos, balai polis, balai bomba, pasaraya, pasar harian, juga pasar tani mudah didapati di mana ianya dibuka sedari awal pagi hingga ke lewat petang memudahkan lagi para pengunjung yang datang ke daerah ini.
Teratak Sawah Sungai Burung mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja terutamanya mereka yang meminati konsep pelancongan agro-tourism, para peminat seni fotografi mahupun pengusaha-pengusaha syarikat produksi iklan atau filem yang berminat menerbitkan hasil karya berlatarbelakangkan wajah Malaysia. Berminat untuk mengadakan majlis berkonsepkan 'Sawah Padi'? Mungkin kami boleh bantu untuk melaksanakan impian anda.
Saiz Teratak Sawah Sungai Burung yang agak besar dengan rekabentuk binaan terdiri dari kayu dan konkrit, namun masih mengekalkan ciri Rumah Tradisional Melayu memiliki 4 bilik, 2 ruang tamu, dapur dan 2 bilik air (satu terletak di luar rumah) mampu menampung jumlah penghuni dalam lingkungan 15 hingga 20 orang dalam satu-satu masa.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari dan ‘Like’ fanpage Teratak Sawah Sungai Burung di Facebook :
Atau blog kami di :
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment